"Apa Sebenatnya Kau expect ni Zahra?"


Ekoran Video anak muda bernama Zahra yang meluas viral di media sosial menceritakan mengenai luahan generasi masa kini yang bergelut dengan kehidupan di Malaysia, ramai yang menyokong dan tidak kurang juga yang mempertikaikan. Tulisan dibawah dikongsikan oleh Mizan Hashri. ##Baca lagi pendapat beliau:

###Saya bukan Zahra (Nama anak saya ya, iaitu Azalia Zahra)

##1. Dia kata umur dia 23 tahun dan pemegang ijazah tempatan serta sudah hampir 2 tahun bekerja. Maksudnya dia habis belajar umur 21? Universiti mana ni? Dari SPM sehingga habis pengajian ijazah, sekurang-kurangnya mengambil masa antara 4 sehingga 5 tahun.

###2. Gaji besar sebaik habis belajar? Siapa yang kata ni? Umur pun baru 23 tahun. Statistik di KWSP sendiri menunjukkan sebahagian besar pencarum bergaji dibawah #RM5,000. Ini yang dah kerja berpuluh tahun. Masa untuk bergaji besar akan tiba seiring dengan peningkatan kerjaya. Yang penting kerja kuat dan cari peluang di kompeni lain yang lebih baik skim pengajian dan faedahnya.

###3. Ibarat kais pagi makan pagi? mengemis? Betul ke ni Zahra? real betul punya miskin ni.

###4. Bila hujung bulan poket kosong baru hendak naik LRT? Entah apa dosa LRT pada dia sampai dia tak nak naik LRT setiap hari.

###5. Sewa bilik RM500 dan berhimpit sampai 8 orang serumah. Maksudnya RM500 x 8 = RM4,000. Kau duduk rumah mana ni Zahra? Sudahlah hidup ibarat kais pagi makan pagi tapi ada hati nak sewa rumah RM4,000 sebulan.

###6. Hutang pendidikan masih ada? biasalah. Baru habis belajar 2 tahun kan? orang yang dah habis belajar 10 tahun pun ramai yang berhutang lagi. Kau tak tau lagi hutang rumah nanti macam mana, sampai mampus nak membayarnya.

###7. Kau expect apa ni Zahra? Nak harap kerajaan dan orang lain tolong? ini mentaliti tongkat. Cuba pekena cerita House of Cards, Frank Underwood kata you're entitled to nothing! Ke balik rumah sibuk tengok cerita jam 7 petang tu? Merungut sangat kerjanya ni mesti hidupnya terlalu serius dan tak pekena cerita berprestasi tinggi macam Game of Thrones. Kah kah kah.

###8. Kena kahwin dengan lelaki kaya untuk keluar dari kemelut ini? Macamlah ada lelaki kaya yang nak kahwin dengan dia yang tak kompeten ni. Tau merungut je. Kalau depan Timbalan Perdana Menteri pun dia boleh merungut, apatah lagi depan suami nanti.

###9. Mula-mula kata masa depan kelam lepas tu kata esok masih ada? Mana satu ni Zahra. Nampak sangat terlalu keskripan. Adakah Zahra hanya maskot dalam kempen Saya Zahra oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu?

0 Response to ""Apa Sebenatnya Kau expect ni Zahra?""

Post a Comment