Al-Fatihah Buat Rozaimi,Pemain Bola Sepak Muda Negara malaysia ....AL-FATIHAH.


PETALING JAYA: Pemain bola sepak ##kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman dilaporkan #berada dalam keadaan kritikal selepas terbabit dengan kemalangan pada pukul 1.30 petang Isnin.

####Ketika kejadian penyerang pasukan Sabah itu bersama seorang lagi rakannya yang identiti belum didedahkan sehingga  kini dikatakan dalam perjalanan ke untuk menjalani latihan pada sebelah petang.
Bagaimanapun ketika tiba di lokasi nahas, kenderaan mereka dipercayai hilang kawalan sehingga menyebabkan terbalik dan berpusing beberapa kali berhampiran di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Shan Tao di Likas.

##Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd Affendy K Ramin berkata dalam satu kenyataan, kedua-dua lelaki tersebut telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth.
Rozaimi antara salah seorang penyerang muda prolifik negara yang pernah dinobatkan sebagai Pemain Harapan Terbaik pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012.
Malah pemain yang baharu menyambut kelahiran ke-23 tahun pada 11 Jun lalu merupakan penjaring terbanyak Kejohanan Kelayakan Piala AFC B-22 di Myanmar dengan 10 gol pada tahun 2012.
##SUMBER : MSTAR.COM.MY

###BERIKUT ADALAH GAMBAR-GAMBAR SELEPAS KEMALNGAN BERLAKU.MARILAH KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH DAN MENDOAKAN KESELEMATAN ROZAIMI DAN RAKANNYA AGAR DIPANJANGKAN UMUR. INGAT AL-FATIHAH BUKAN HANYA UNTUK KEMATIAN..IANYA JUGA DOA YANG PALING MUJARAB UNTUK KESEMBUHAN PENYAKIT.

####GAMBAR-GAMBAR KEMALANGAN ROZAIMI.

0 Response to "Al-Fatihah Buat Rozaimi,Pemain Bola Sepak Muda Negara malaysia ....AL-FATIHAH."

Post a Comment