Luahan Hati Dato' Siti Nurhaliza "Kenapa Mesti Cerai Jalan Penyelesaiannya???"


Usaha penyanyi, Siti Nursaida Tarudin untuk memulihkan rumah tangganya nampaknya menemui jalan yang buntu apabila bekas bintang program realiti Akademi Fantasia (6) itu sekali lagi telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya diMahkamah Rendah Syariah.

Malah, biarpun suaminya, Mohd Ghazali dikatakan masih berhasrat untuk terus mempertahankan rumah tangga mereka yang dibina sejak (15) tahun yang lalu, namun kakak kepada penyanyi popular tanah air Dato' Siti Nurhaliza Tarudin nampaknya sudah berubah hati serta tetap mahu berpegang dengan pendiriannya untuk berpisah.

Sebelum ini, Saida pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Mohd Ghazali pada (6) Oktober tahun lalu. Tetapi kemudian, dia menarik balik permohonan cerai itu dalam usaha untuk memulihkan semula hubungan mereka sekeluarga.

Persoalannya, mengapa Saida kini mahu membawa haluannya sendiri? Apakah tiada jalan lain untuk memulihkan semula hubungan mereka sekeluarga?

Ketika diminta untuk memberi penjelasan tentang apa yang berlaKu dalam rumah tangganya, Saida berkata, dia enggan mengulas dengan lebih lanjut tentang perkara itu dimedia sosial.

"Sebenarnya saya tak berminat untuk bercerita dan memperbesarkan perkara ini kerana ianya terlalu peribadi buat diri saya dan pihak keluarga suami saya. Apa yang boleh saya katakan biarlah saya dan suami sahaja yang cuba selesaikannya sendiri.

"Selepas saya memfailkan permohonan cerai kali pertama memang kami dah cuba untuk bawa berbincang untuk mengatasi kemelut yang berlaku dalam rumah tangga kami. Namun terus-terang hasilnya amat menghampakan kerana sehingga kini antara kami masih tiada persefahaman serta gagal didamaikan,hingga kini" jelasnya.

Apa yang pasti sehingga kini ibu beranak empat ini masih keliru dengan keputusan yang diambilnya itu kerana dia sendiri masih tidak pasti sama ada ianya keputusan yang terbaik buat dirinya atau tidak. Oleh itu dia hanya mampu berserah kepada Tuhan untuk menentukan masa depannya keluarganya kelak.

"Terus-terang saya sendiri tak tahu sama ada ini keputusan yang terbaik yang telah saya buat. Tetapi saya tetap terus berdoa dan meminta petunjuk dari Tuhan agar memberi jalan penyelesaian terbaik untuk saya supaya saya dapat temui jalan yang sebenar.

"Namun, jika selepas ini saya dan suami ditakdirkan berpisah mestilah saya akan berasa sedih tetapi saya yakin saya tetap akan reda dengan takdir dan ketentuannya kerana saya tahu Tuhan telah memberikan jawapan yang terbaik untuk diri saya dan anak-anak. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti," katanya kepada muraidotcomdotmy

Tidak pernah merasakan keputusan untuk bercerai itu merupakan keputusan yang terbaik untuk masa depan anak-anaknya, Saida kini sedang cuba menenangkan anak-anaknye supaya tidak terganggu dengan apa yang berlaku terhadap dirinya dan suaminya.

"Kalau saya bercerai sudh tentu keputusan ini tidak baik buat ank-ank saya. Saya sayangkan mereka lebih dari segalanya tetapi dalm masa yang sama saya terpaksa memikirkan masa dpan saya juga.

0 Response to "Luahan Hati Dato' Siti Nurhaliza "Kenapa Mesti Cerai Jalan Penyelesaiannya???""

Post a Comment