GARA-GARA berselisihan faham kerana masalah tempat parkir kereta seorang wanita telah bertumbuk dengan seorang pengawal keselamatan di lobi sebuah kondominium di sini.
Aksi pergaduhan mereka itu telah dirakam dan video telah dimautnaik ke laman sosial youtube.
Di dalam video youtube itu menunjukkan wanita berkenaan dan suaminya menjerit-jerit macam orang hilang anak ke arah pengawal keselamatan india berkenaan.
Bagaimanapun pertengkaran tersebut telah berakhir dengan pengawal keselamatan tersebut menampar sekuat hati wanita cina berkenaan.
Menurut saksi yang memuat naik video berkenaan, punca kejadian berpunca daripada wanita berkenaan bersama suaminya telah mengalihkan kon-kon yang telah diletakkan di satu lot parking tersebut.
"Dia alihkan kon berkenaan dengan bising (campak atau tolak dengan kuat sekali) kemuadian parking dan langgar kon tadi yang telah dialihkan." Hmmm tak baik tau.
"Macam biasa kerana kejadian itu, Security guard pun pergi lah dekat wanita berkenaan dan cakap sesuatu tetapi secara tiba-tiba wanita tersebut menjerit-jerit macam kena sawan sambil berkata dia mempunyai hak untuk parkir kereta sambil berkata 'stu***d Indian' yang menyebakan keadaan bertambah kecoh dan hangat,'" katanya.
Keadaan berlarutan sehingga ke kejadian tolak menolak dan kata makian di mana pengawal keselamatan tersebut telah pergi meninggalkan wanita berkenaan dengan keaadan yang sangat marah.
Tetapi kejadian pergaduhan (dalam video ini) bersambung semula selepas wanita berkenaan terserempak pengawal keselamatan tersebut semasa hendak menaiki lif ke rumahnya.
Apapun bagi admin perkara ini boleh dibincang elok-elok sambil makan kuaci, makian dan sifat perkauman tidak perlu ada dalam hal ini.
Kita sebagai rakyat 1 Malaysia perlu mengelakkan isu perkauman demi kesejahteraan negara, bangsa kita tercinta ini.
0 Response to "VIDEO Penuh : Wanita Bertumbuk Dengan Pengawal Keselamatan Sampai Pengsan"
Post a Comment