Tarjis Abang Maut Dilibas Dengan Pisau Tajam, Tegur Adik Tak Puasa!!!


Seorang lelaki maut akibat cedera parah di leher selepas dilibas dengan pisau oleh adik lelakinya dalam kejadian di Jalan Orkid, Batu 8 Sijangkang, Telok Panglima Garang KUALA LANGAT, petang tadi.

##Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Zailan Tasir berkata dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan bertengkar dengan suspek dalam rumah mereka.

##“Kejadian bermula apabila mangsa bertengkar dengan adiknya yang berusia 26 tahun disebabkan suspek tidak berpuasa.

##“Berikutan itu berlaku pergaduhan antara kedua mereka apabila mangsa bertindak agresif dengan mengambil besi panjang di bahagian dapur dan suspek turut ke dapur mengambil pisau,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

##Zailan berkata ketika pergaduhan, suspek menyerang abangnya dengan melibas pisau menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di leher kiri.

##“Suspek berhenti menyerang mangsa apabila melihat darah mengalir banyak di bahagian leher si mati.

##“Akibat kecederaan itu, mangsa keluar dari rumah bersama seorang rakan lelaki dengan memandu Proton Wira milik suspek ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,” katanya.

##Zailan berkata mangsa, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

##Berikutan kejadian itu, beliau berkata polis menahan suspek untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Summber BERNAMA

0 Response to "Tarjis Abang Maut Dilibas Dengan Pisau Tajam, Tegur Adik Tak Puasa!!!"

Post a Comment