SubhanAllah Takbir !!! ALLAH ITU MAHA BESAR !!! Fenomena Sangat Luar Biasa Di Parit Buntar


SubhanAllah Takbir!!! ALLAH ITU MAHA BESAR !!! Fenomena luar biasa berlaku Di Parit Buntar

Penduduk Kampung Parit Kasa, di sini, dikejutkan dengan fenomena ribuan ikan-ikan lampam muncul secara tiba-tiba di permukaan tali air sejak jam 7 pagi, menyebabkan kawasan berkenaan dikerumuni penduduk yang bagaikan berpesta di Parit Buntar.

Rata-rata penduduk yang mengetahui kejadian itu memenuhi kawasan berkenaan dengan membawa pelbagai peralatan termasuk jala, pukat, baldi, kuali dan sauk, malah ada yang terus terjun ke dalam tali air menangkap ikan menggunakan tangan.

Difahamkan, sehingga jam 2 petang, penduduk mendakwa menaikkan 100 kilogram ikan lampam untuk satu-satu masa.

Abdul Halim Siga, 54, berkata, kejadian itu sangat menajubkan dan pertama kali berlaku sepanjang dia tinggal di kampung itu.

Katanya, dia menyedari kejadian berkenaan pada jam 7 pagi apabila melihat banyak kelibat ikan-ikan bermain di permukaan air yang catek.

“Saya segera mengambil jala dan melemparkannya ke arah kumpulan ikan terbabit dan dengan sekali campak sahaja, saya dapat lebih 29 ekor ikan.

“Saya kemudian mengajak semua ahli keluarga untuk sama-sama menangkap ikan itu,” katanya.

Orang ramai mula mengerumuni kawasan itu selepas melihat penduduk menaikkan banyak sekali ikan lampam.

Seorang lagi penduduk Syamsul Razman, 32, berkata, fenomena itu mungkin terjadi akibat limpahan air bukit merah ke dalam Sungai Kerian sebelum ini. - myDotMetro

0 Response to "SubhanAllah Takbir !!! ALLAH ITU MAHA BESAR !!! Fenomena Sangat Luar Biasa Di Parit Buntar"

Post a Comment