Pelanggan bergelut beli daging diskaun di pasaraya Tesco menjadi viral


Pelanggan bergelut beli daging diskaun di pasaraya Tesco menjadi viral | ###Sebuah rakaman video pelanggan bergelut untuk daging diskaun di pasaraya Tesco di England telah menarik perhatian para netizen hari ini. Video yang dimuat naik di laman YouTube semalam oleh sebuah stesen TV menunjukkan gelagat manusia yang bergelut antara satu sama lain hanya untuk membeli beberapa paket daging yang dijual pada harga promosi di sebuah pasaraya Tesco di England.

###Dalam video berdurasi satu minit 30 saat itu, seorang pekerja Tesco dilihat menjerit “saya akan ambil balik semua daging” kepada pelanggan-pelanggan tersebut untuk mengawal situasi namun mereka tidak mempedulikan kata-katanya.Difahamkan, video ini dirakam oleh seorang saksi, Johnny Lester.

###Menurut Lester, dia tidak dapat percaya dengan apa yang dilihat pada malam itu dan perbuatan itu benar-benar menunjukkan kejahilan manusia pada era ini. Manakala seorang pelanggan wanita pula dilihat berkata “disgusting” (menjijikkan) sambil berjalan melepasi kawasan tersebut. Perkara yang lebih menyedihkan ialah pelanggan dilihat bertumbuk antara satu sama ketika berebut daging diskaun tersebut.

###Menurut Metro.UK, perebutan itu berlaku apabila paket daging promosi itu dimasukkan ke dalam bakul di hadapan pembeli oleh pekerja pasarraya tersebut. Dalam perkembangan yang sama, perbuatan ‘terdesak’ pelanggan berkenaan mengundang reaksi negatif daripada pelbagai pihak di media sosial. Bagaimanapun, pihak media masih menunggu komen daripada pihak pasaraya Tesco. -APP

0 Response to "Pelanggan bergelut beli daging diskaun di pasaraya Tesco menjadi viral"

Post a Comment