Masih Ingatkah Adik Firdaus Dullah Ini? Wajah Terbaru Ini Betul-Betul Memeranjatkan Kita Semua
Wajah terkini adik Firdaus OKU di kurung pada suatu masa dahulu sudah menjadi seperti budak yang normal.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberitahu remaja orang kurang upaya (OKU), adik Muhammad Firdaus Dullah, 15 bakal keluar dari hospital.
Menurut menterinya, Datuk Seri Rohani Karim, keadaan Muhammad Firdaus semakin baik dengan peningkatan berat badannya kepada 17.3 kilogram (kg). Dia akan diletak dalam institusi kami. Dia akan beraya dengan kamilah," kata datuk rohani karim.
Dalam pada itu, beliau juga turut mengalukan ibu dan waris-waris Firdaus yang lain untuk datang menziarah, kami alu-alukan ibunya datang melawat dan juga waris-waris terdekat lain. Supaya Firdaus merasa gembira melihat ramai keluarga datang menziarah,katanya lagi.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menempatkan Firdaus di institusi kanak-kanak JKM melalui perintah sementara daripada mahkamah sebaik dia sihat dan pulih sebaiknya serta dibenarkan keluar Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan kurus kering dalam bilik yang samgat kotor dan dipenuhi najis-najis oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu 6P di rumah pangsa Taman Semarak, Nilai, bulan lalu selepas melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan.
0 Response to "Masih Ingatkah Adik Firdaus Dullah Ini? Wajah Terbaru Ini Betul-Betul Memeranjatkan Kita Semua"
Post a Comment