ISU TERKINI !! Pengajaran Kepada Semua ‘kaki ponteng puasa’ pada bulan Ramadan


Kerajaan Negeri Terengganu menubuhkan satu pasukan khas untuk membanteras gejala ‘kaki ponteng puasa’ pada bulan Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib berkata pasukan khas itu ditubuhkan bagi memastikan umat Islam dan anak muda di negeri mematuhi syariat Islam pada bulan Ramadan.

“Pasukan khas akan menjalankan pemeriksaan dengan ketat dan serbuan di kedai-kedai dan restoran yang beroperasi pada siang hari sebelum pukul dua petang yang mana kita tak akan benarkan restoran dan kedai terutamanya milik orang Islam beroperasi sebelum pukul dua petang.

“Kita juga akan membuat penangkapan terhadap orang Islam yang baligh tak kira lelaki atau perempuan yang didapati makan pada siang hari di tempat awam takpa rasa segan silu,” katanya pada sidang media di sini.

Ghazali berkata pihak kerajaan negeri sangat tegas dan serius dalam menangani gejala tidak sihat ponteng puasa di negeri ini dan sekiranya terdapat penangkapan, tindakan dan dakwaan serta merta dan akan dikenakan terhadap pesalah supaya ianya menjadi pengajaran kepada orang ramai.

Dalam pada itu Ghazali berkata kerajaan negeri komited dalam melaksanakan undang-undang takzir di negeri ini dengan jayanya.

“Kita sememangnya komited ke arah untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri ini namun bagi melihat keunggulan dan kemantapan hukum Islam itu, kita mesti bersedia dari segi fasiliti, kepakarannya supaya apabila hukum Islam dilaksanakan ianya tak boleh diperlekeh dan dipertikaikan kerana ianya hukum Allah.

Untuk melaksanakan hukum ini, banyak perkara yang perlu diambil kira dari segi keupayaannya, fasiliti dan hakim yang mana banyak kajian perlu diambil kira termasuk melihat negara  maju yang telah melaksanakannya,” katanya.

Ghazali berkata untuk permulaan kerajaan negeri serius menangani permasalahan akhlak terutamanya dalam kalangan remaja-remaja di negeri ini.

“Melalui institusi berteraskan pendidikan Islam di negeri ini Kita mahu lahirkan generasi di negeri ini generasi yang berakhlak dan berakal budi bahasa yang mana sebelum meletakkan hukum, kita akan pastikan pelaksanaan ilmu dan pendidikan diperkemas terlebih dahulu,” katanya. – BERNNAMA

0 Response to "ISU TERKINI !! Pengajaran Kepada Semua ‘kaki ponteng puasa’ pada bulan Ramadan"

Post a Comment