Foto Terkini FOTO Zamri Baba bertarung nyawa masih kritikal di ICU


 Pelumba negara Muhammad Zamri Baba masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Pertamedika Sentul City selepas terbabit dengan kemalangan ketika Perlumbaan 1 kategori SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia.


 Pengurus pasukan MUSASHI Boon Siew HONDA Zulhelmi Ahmad menerusi satu kenyataan berkata, rakan sepasukan Zamri ketika ini turut berada di Indonesia untuk membantu pelumba berusia 31 tahun itu mendapatkan rawatan terbaik.


"Antaranya, termasuk kemungkinan memindahkan Zamri Ke hospital lain sebaik dia mendapat pelepasan dari hospital sekarang.


 “Pasukan juga mengambil inisiatif menerbangkan keluarga Zamri ke Indonesia," katanya lagi.

Pada perlumbaan semalam, Zamri dilanggar seorang pelumba selepas dia terbabas di pusingan kedua Perlumbaan 1 menyebabkan mengalami kecederaan yang serius pada kaki sebelum dikejarkan ke hospital 10 minit kemudian.


1 Response to "Foto Terkini FOTO Zamri Baba bertarung nyawa masih kritikal di ICU"

  1. saya cukup pasti gambar keluarga zamri anda perolehi dari blog saya.
    tidak wajar rasanya sebagai seorang blogger anda mengambil sebarang content tanpa kredit kepada source. lebih parah, anda gunakan watermark anda pada gambar tersebut.
    saya tak kisah anda nak berkongsi, cuma silalah bertanggungjawab

    ReplyDelete