Pelajar Senior Tendang sampai mati


Kota Bharu: Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun maut selepas ditendang pelajar senior dalam kejadian disebuah kolej dekat Bachok, di sini, kira-kira 1.30 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, sebelum kejadian suspek yang berusia 17 tahun masuk ke dalam bilik asrama mangse pada 11.50 malam.

"Ketika itu mangse bersama empat rakan lain sedang tidur sebelum dikejutkan suspek yang marah kerana mendakwa mangsa tidak menghormati pelajar senior yang lain.

"Suspek menendang di bahagian leher kanan mangsa sebanyak dua kali hingga menyebabkan saluran darah ke bahagian kepala putus," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini.

Katanya, mangse yang tidak sedarkan diri dibawa ke Klinik Kesihatan berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata, suspek sudah ditahan pada 12.30 tengah hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

0 Response to "Pelajar Senior Tendang sampai mati"

Post a Comment