Mamat Sepah Buat Kenyataan Mengejutkan Tentang Kumpulan SepahTu


Mamat merupakan bekas ahli kumpulan pelawak ###Sepah yang memenangi pertandingan Raja Lawak dan juga Maharaja Lawak bersama Jep dan Shuib.

 ###Pelawak ini membuat komen mengejutkan apabila akui amat rindu dengan kumpulan Sepah terutama kemesraan mereka selain menyatakan hubungan dengan Jep telah pulih. Mamat juga menyerah kepada takdir sekiranya berpeluang untuk kumpulan Sepah disatukan semula.

###Bagi Mamat, kumpulan Sepah merupakan hasil gabungan ideanya bersama Jep sebelum mencari seorang ahli lain iaitu Shuib untuk menambahkan lagi seri kumpulan lawak itu.

##Ini komen Mamat: (sumber: #Murai)

###“Saya rindukan kumpulan Sepah, sebelum ini pelbagai kontroversi yang tercetus tetapi sekarang ini masing-masing sudah dewasa dan matang untuk fokus kerjaya masing-masing.

###“Permasalahan yang timbul dahulu sebenarnya telah pun selesai, hubungan saya dengan Jep pun dah pulih seperti biasa, kalau ingin disatukan semula, saya hanya serah kepada takdir,”
#
###“Saya pada mula itu, ada rasa terkilan, sedih dan pelbagai lagi perasaan setelah berkeputusan tidak bersama dengan Sepah, tetapi itu semua adalah dugaan yang buatkan diri saya lebih matang.

###“Pelbagai tawaran masih lagi saya terima, kalau saya tak dapat memenuhi tawaran yang diberikan saya akan tolak cara baik.

###“Kerjaya saya sebagai penyampai radio di Ultra FM pun saya ‘happy’ di setiap hari isnin hingga jumaat jam 6 pagi hingga 10 pagi kerana dapat berinteraksi dengan peminat dan pendengar secara langsung,”

###Sementara itu Shuib dan Jep yang membentuk Sepahtu telahpun membuat pengumuman akan tidak beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega musim akan datang kerana ingin berehat.

0 Response to "Mamat Sepah Buat Kenyataan Mengejutkan Tentang Kumpulan SepahTu"

Post a Comment