(VIDEO!!) Siapakah Mona Fendi Ini? Siapa Dia Sebenarnya?

Siapakah Mona Fendi ini?

Ramai yang tertanya-tanya siapakah Mona Fendi ini especially generasi yang muda-mudi sekarang kan, siapa dia sebenarnya? kenapa die mencapai satu tahap popularity yang sangat tinggi satu ketika dulu dek kerana satu kes berprofile tinggi beliau.

Siapa Mona Fendi ini?

Nama asalnya Maznah Ismail pernah menjadi seorang penyanyi dan pernah muncul di Muzik Muzik tv3 suatu ketika dahulu. Pada tahun 1993, Negara telah di gemparkan dengan berita satu kes pembunuhan membabitkan ahli politik, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993 di sebuah rumah Kampung Peruas Ulu Dong, Raub Pahang. Pembunuhan ngeri itu telah direportkan dimana mayat telah dikerat-kerat 18 dan di tanam di sebuah rumah separuh siap di kampong berkenaan.


Gambar menunjukkan mayat Dato’ Mazlan Idris di potong 18
Setelah di siasat, 3 orang telah di tahan iaitu Mona Fendi, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka Juraimi Hussin dan telah di bicarakan dan di dapati bersalah oleh panel hakim dan Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.




Rayuan mereka kepada Lembaga Jemaah Pengampunan Negeri Pahang telah di tolak dan mereka di hukum gantung sampai mati pada pukul 6.00am hingga 6.30am jumaat 2 November 2001.

Apa yang dilakukan oleh Mona Fendi?.

Die seorang penyanyi, dan mengikut rekod, dia dan suami adalah pengamal ilmu-ilmu sihir dimana, Datuk Mazlan Idris adalah salah seorang client dia (mona fendi). time tu die nak cepat kaya kot? hmmm.. Correct me if i am wrong.

Mona Fendi ini terkenal kerana kisah dramatic time prosiding di mahkamah tinggi.

Tidak pernah satu pun gambar yang tidak menunjukkan dia (Mona fendi) tidak senyum. Pernah dia menyanyi dalam mahkamah ketika memberitahu hakim bahawa dia (mona fendi) seorang artis popular.


Ada yang mengatakan Mona Fendi dan suami ni mampu ‘membuat’ orang hanya dengan merenung ke dalam matanya sahaja, jadi tak hairan banyak cerita-cerita mistik ketika dia dan suami di jel. Ada yang cakap setiap hari dia di simbah air yassin la, ada yang cakap dia tidak mati tapi dia menghilangkan diri dan macam-macam lagi cerita yang menjadi viral dilaman sosial pada ketika itu, tapi aku yakin itu cumalah hearsay orang sahaja dan yang pastinya dia dah dijatuhi hukuman mati.

Di sini aku nak letak satu video mengenai Mona Fendi sepanjang perbicaraan semasa tahun 1993. Sumber-sumber di ambil dari internet, google dan youtube. It’s very interesting case kalau kita ikut-ikut kan sebab banyak benda yang ‘pelik-pelik’ di perkatakan oleh arwah dan bagai mana dia dan suami serta pembantu membunuh Dato’ Mazlan.

Gambar-gambar lain

Rumah-rumah yang dikatakan milik Mona Fendi kelihatan usang dan ‘berhantu’ betul ke?

Jom kita sama-sama layan video dibawah :



Lanun Ada Dimana-Mana

0 Response to "(VIDEO!!) Siapakah Mona Fendi Ini? Siapa Dia Sebenarnya?"

Post a Comment