GEMPAR! BUDAK 11 TAHUN BERSALIN DI NEGERI SEMBILAN (5 GAMBAR)

#Gambar Dan Kronologi Kes Budak 11 Tahun Bersalin Di Negeri Sembilan| Difahamkan, sebenarnya kanak-kanak perempuan berkenaan dilaporkan tidak mengetahui dirinya sedang hamil sebelum mengadu sakit perut di sebuah klinik Swasta di Bahau....


 #Penemuan mengejutkan apabila doktor mengesahkan bahawa kanak-kanak perempuan malang itu sebenarnya hendak bersalin dan sudah cukup bulan. Mangsa tidak sempat dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah berikutan air ketuban sudah pecah dan selamat melahirkan bayi lelaki dengan berat lebih sekilogram di klinik swasta berkenaan....


#Seorang murid perempuan berusia 11 tahun tidak pergi ke sekolah di Bahau sejak beberapa hari lalu. Murid tahun lima itu juga kerap ‘diserang’ sakit perut secara tiba-tiba.....

#Mangsa yang mengadu sakit perut dikejarkan ke sebuah klinik Swasta di Bahau....


 #Doktor pula mengesahkan bahawa sakit perut disebabkan oleh mangsa yang sedang Hamil. Lebih memeranjatkan lagi apabila kandungannya sudah cukup bulan.......

#Air ketuban pecah dan mangsa tidak sempat dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah......


#Mangsa selamat melahirkan bayi lelaki normal secara songsang dengan berat lebih sekilogram di klinik swasta berkenaan pada pukul 10.15 pagi 5 Ogos 2015......

#Mangsa bersama bayinya kemudian dihantar ke Hospital Jempol tetapi dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.....


#Keluarga mangsa difahamkan tidak mengetahui anak mereka sedang hamil......


#Laporan polis dibuat dan kes disiasat dibawah seksyen 376 kanun keseksaan kerana merogol.....

#Polis juga sedang memburu suspek dipercayai teman lelaki mangsa yang menyebabkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu hamil....

0 Response to "GEMPAR! BUDAK 11 TAHUN BERSALIN DI NEGERI SEMBILAN (5 GAMBAR)"

Post a Comment