Peminat Sokong!! Selfie Fazura Dengan Anjing, Baik Dari Bersentuhan Bukan Muhrim .....
Pelakon cantik Nur Fazura telah mencetus kontroversi dikalangan pengikut-pengikut Instagramnya (IG) sejak petang Ahad selepas memuat naik fotonya bersama seekor anjing yang berwarna coklat.
Foto Fazura bersama haiwan tersebut yang digelar ‘Kuning’ telah mendapat hampir 10,+++ ‘like’ dengan 7++ komen dari pengikutnya.
Pada foto Instagramnya tersebut, Fazura telah menulis kapsyen “Our superhero "Kuning" who love his friends and everyone he met. An example to many humans. Love more, hate less :-) #WeLoveKuning #FurryFriendsFarm”.
Aktres (fazura) tersebut memuat naik foto itu ketika menghadiri satu majlis kutipan dana untuk sebuah badan amal menjaga kebajikan haiwan, Furry Friends Farm.
Namun, agak mengecewakan apabila niat Fazura telah disalah erti segelintir peminat yang kurang senang dengan tindakan tersebut, walaupun pada kapsyen sudah jelas menampakkan tujuan sebenar penyanyi ‘Sayangi Dirimu’ itu memuatnaik foto tersebut di instagram.
Bagaimanapun, Admin tertarik dengan komen para pengikut Fazura yang lebih menghormati selfie tersebut dari melihat selebriti kesayangannya bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim.
Ada benarnya kata-kata para peminat tersebut kerana anjing juga makhluk tuhan yang layak dilayan seperti haiwan-haiwan lain.
Lagipun mengikut penelitian admin, Fazura dan Si Kuning tidaklah bersentuhan malah, jarak mereka juga agak jauh.
Mesej yang cuba disampaikan Fazura cukup jelas iaitu nilai kemanusiaan serta kasih sayang yang perlu diberikan sama rata kepada semua makhluk ciptaan Tuhan ini.
Kadang2 kita juga perlu melihat ke arah sudut yang lebih positif sebelum menghentam dan memberi komen sewenang-wenangnya kepada individu lain.
0 Response to "Peminat Sokong!! Selfie Fazura Dengan Anjing, Baik Dari Bersentuhan Bukan Muhrim ....."
Post a Comment