AKIM AHMAD TIADA MASALAH DIDIK STACY DALAMI ISLAM


Kisah percintaan antara Akim AHMAD dan Stacy bukanlah menjadi rahsia lagi. Malah, perhubungan mereka juga sudah mendapat restu daripada kedua-dua buah keluarga.

Banyak pihak menantikan pula langkah seterusnya pasangan ini untuk menuju ke alam perkahwinan. Namun, Akim menjelaskan mereka masih belum menetapkan tarikh bila untuk menamatkan zaman bujang.

"Sejujurnya saya sendiri pun belum bersedia untuk berkahwin. Lagipun bila hidup berkeluarga, banyak perkara yang perlu kita bataskan. Jadi sebab itu saya tidak bersedia kerana masih ada banyak keinginan lagi yang ingin saye penuhi.

"Malah kalau mahu mendirikan rumah tangga banyak perkara yang perlu kita lakukan. Kalau ada rezeki, saya mahu membeli sebuah rumah terlebih dahulu. Dapat rumah kecil pun tak apa yang penting, dapat berteduh bersama keluarga," katanya yang dipetik menerusi Sinar Onnline.

Dalam pada itu, Akim turut menjelaskan dirinya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab mendidik Stacy mendalami Islam jika mereka disatukan kelak.

"Dia (Stacy) sudah makin hampir ke arah itu (untuk memeluk agama Islam). Insya-ALLAH, untuk mendidik tidak ada masalah sebab kita pun ketua keluarga. Ilmu yang diberikan oleh ibu bapa saya itu cukup lengkap dan tahu akan batas-batasnya, yang penting niat kita sendiri," jelasnya.

0 Response to "AKIM AHMAD TIADA MASALAH DIDIK STACY DALAMI ISLAM"

Post a Comment