TERKINI!!! Lelaki Bunuh Budak Sekolah Maut, Dibakar Hidup-Hidup | Kejadian ini bukanlah berlaku di Malaysia, tetapi berlaku di luar negara. Kejadian bermula apabila satu kumpulan perusuh telah membalas dendam terhadap seorang lelaki yang dikatakan telah membunuh dua kanak-kanak disebuah sekolah rendah. #Menteri Dalam Negeri, Mauricio Lopez Bonilla berkata, lelaki mabuk todi yang dikenali sebagai Julio Saquil itu telah menceroboh masuk ke sekolah di Tactic, Alta Verapaz, di utara negara itu sebelum menyembelih dua kanak-kanak dengan sebilah parang tajam.
Bonilla berkata, sekumpulan perusuh kemudian membawa Saquil, 35, ke halaman sekolah itu dan membakarnya hingga mati. Dia berjalan masuk ke dalam sebuah kelas dan mula menyerang pelajar. @$*^Dia memenggal kepala seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun dan menyembelih seorang murid perempuan berusia lapan tahun dengan parang yang sangat tajam, kata anggota bomba Tactic, Wilson Cahuec.
Pihak berkuasa tempatan berkata, Saquil mempunyai sejarah terbabit dengan masalah dadah dan keganasan, tetapi mereka belum dapat mengenal pasti motif serangannya itu. Pihak berkuasa mengenal pasti murid yang mati itu sebagai Evelyn Yanisa Saquij Bin, 8 tahun, dan Juan Armando Coy Cal, 13 tahun. Mayat kanak-kanak itu mempunyai kesan kecederaan yang teruk cuba mempertahankan diri.
Sementara itu, Fox Newss melaporkan kumpulan perusuh terbabit terdiri daripada guru-guru dan penduduk tempatan sendiri. Hukuman tanpa perbicaraan bukan satu perkara luar biasa di Guatemala di mana bilangan polis agak kurang disana. Agensi hak asasi kemanusiaan negara itu pula berkata, 268 percubaan menghukum bunuh tanpa bicara berlaku tahun lalu dan sekurang-kurangnya 90 orang maut.
Ekoran perbuatan ganas itu, ketegangan semakin berleluasa di kawasan kejiranan tempatan yang mula bertindak melakukan hukuman sendiri tanpa bawa ke bali polis. Baru-baru ini, empat lelaki yang disyaki mencuri ditangkap dan dibelasah oleh penduduk yang berang. Mereka menganggap kaedah hukuman yang dilakukan mereka lebih sesuai berbanding undang-undang pihak berkuasa sendiri.
##Itulah balasan yanbg diterima oleh lelaki tersebut yang bertindak tibe-tibe membunuh pelajar di sekolah tersebut. Situasi ini juga ada berlaku di Malaysia yang mana apabila kita berjaya menangkap peragut pada ketika itu juga, orang awam akan bertindak membelasah sehingga ‘lembik’ dan tidak bermaya, barulah diserahkan kepada pihak polis. Biasalah, siapa yang tidak marah jika kes jenayah berlaku di hadapan mata kita sendiri kan?.
0 Response to "TERKINI!!! Lelaki Bunuh Budak Sekolah Maut, Dibakar Hidup-Hidup"
Post a Comment