Ramai yang mengikuti perkembangan selebriti dan juga usahawanita berjaya ini, tentu ada yang mengira berapa banyak lokasi yang telah dikunjungi oleh Che Ta dalam masa setahun, malah ada yang mengira berapa banyakkah wang simpanan yang dikeluarkan oleh Che Ta ni apabila bercuti ke luar negara. Tapi itu semua tak menjadi masalah kalau Che Ta dan suaminya Zain masih mampu berbahagia dengan hobi mereka iaitu melancong ke luar negara.
Kalau sebelum ini ke London, Paris malah China juga telah dijelajahi, baru-baru ini pasangan ini berada di benua Eropah untuk percutian singkat dan dek kerana tak nampak kehadiran bayi perempuan mereka Aaisyah yang comel itu, nampaknya mereka sanggup tinggalkan anak mereka semata-mata untuk bercuti ke luar negara. Kalau diikutkan memang tiada salahnya pun kerana negara Switzerland yang dikunjungi oleh Che Ta ini bersuhu sejuk dan bersalji. Mungkin Che Ta ingin mengelak membawa bayi perempuannya yang masih kecil kerana cuacanya yang kurang sesuai untuk kesihatan si comel itu nanti.
Pasangan bahagia kini di Switzerland, turut membawa bersama ibu Che Ta, adiknya Ruby Che dan juga suami Ruby iaitu pelawak Mazlan Pet Pet.
Kalau diikutkan, mungkin Che Ta memilih tarikh ini untuk menyambut Hari Ibu bersama ibu yang tercinta di sana. Che Ta juga turut berkongsi foto percutian mereka di sana, yang berlatar belakangkan kawasan peranginan yang terkenal di negara itu dan juga aktiviti ski di pergunungan Alps. Memang menakjubkan pemandangan di Swiss Alps.
Walaubagaimanapun, terselit juga kerinduan terhadap puteri tersayang, dan Che Ta jelas merindui anaknya Aaisyah Dhia Rana yang tidak ikut untuk percutian kali ini. Tak apalah Aaisyah, kasi chance la mummy dan daddy bercuti ye sayang, dah besar nanti boleh keliling dunia sekali dengan mummy dan daddy yer..
Home » Facebook »
Hiburan Terkini »
Kisah Benar »
Terkini »
Viral
» Rozita Che Wan dan Zain Saidin bercuti di luar negara, Tapi kenapa anak mereka Aaisyah tak bawa bersama?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Rozita Che Wan dan Zain Saidin bercuti di luar negara, Tapi kenapa anak mereka Aaisyah tak bawa bersama?"
Post a Comment