PUNCA EMMA MAEMBONG KENA BUATAN ORANG??
Dalam pada kisah peribadinya yang menjadi perhatian orang ramai, pelakon Emma maembong juga dikatakan mengalami masalah jerawat dan kulit yang sangat teruk sehingga ada yang mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya terkena buatan orang.
Ditanya perkara tersebut, pelakon drama bersiri 'Isteri Separuh Masa' ini menjawab dengan nada yang pilu:
Emma tidak berani untuk komen lebih-lebih tentang perkara ini. Tetapi ia satu situasi yang pelik kerana sebelum ini Emma tidak pernah mempunya masalah jerawat yang sangat-sangat teruk. Tetapi dalam tempoh setahun ini, tiba-tiba kulit muka Emma ditumbuhi jerawat yang banyak sehingga kulit muka Emma terkoyak dan nampak kesan jerawat dengan jelas.
Emma juga telah menjalani banyak ujian darah dengan doktor dan mereka mengesahkan bahawa darah Emma bersih dan tiada jankitan kuman. Ia turut memberi kesan kepada kerjaya Emma. Tetapi dalam hal ini, Emma cuba berfikiran positif dan insyaAllah semuanya akan kembali baik," ujar Emma akan sibuk dengan penggambaran drama 'Jodoh sebelah Pintu' tidak lama lagi. Katanya.
Menyentuh hubungannya bersama pelakon Kamal Adli, Emma hanya mengikut sahaja susunan yang telah diatur dan tidak mahu merancang apa-apa dengan lebbih awal.
"Setakat ini kami berkawan dan Emma sendiri tidak berani untuk buat keputusan apa-apa. Jika memang ditakdirkan jodoh kami ada, Emma tidak menolaknya," jelasnya dengan nada yang ringkas.
0 Response to "PUNCA EMMA MAEMBONG KENA BUATAN ORANG??"
Post a Comment