Petua dan Cara yang Betul Sendawakan Bayi


Sendawa penting untuk mengelak perut bayi kembung atau dikenali juga sebagai kolik. Kembung perut berlaku disebabkan sejumlah kecil udara akan masuk dalam badan bayi semasa  bayi minum susu atau menangis. Apabila gelembung udara terdapat dalam perut, ia akan membuatkan bayi berasa tdk selesa.

Sendawa adalah salah satu ‘alat bantu’ membantu mengelak bayi kembung perut. Ayuh pelajari teknik ini!


1. Bersandar pada bahu

    Dukung bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan  kepala bayi bersandar pada bahu anda.
    Tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi sehingga bayi sendawa.
    Posisi ini dilakukan secara  berdiri atau duduk di kerusi.
    Bagi mungkin akan jeluak atau termuntah susu, jadi jangan  lupa alas bahu anda dengan sapu tangan  kecil.


2. Duduk posisi tepi atas riba

    Bayi duduk secara posisi tepi  atas riba dan tepuk lembut bahagian belakangnya.        
    Bayi duduk  di salah satu paha anda dengan membongkokkan sedikit badan bayi.
    Sebelah tangan, tinggikan kepala  dan leher bayi  namun hati-hati memegang bahagian dadanya   kerana mungkin akan membuatkan  bayi muntah  jika tersalah pegang.
    Kemudian sebelah tangan lagi untuk usap belakang bayi perlahan-lahan. Cara ini dikatakan bayi mudah sendawa.


3. Kedudukan perut cara meniarap 

    Pegang  dan baringkan bayi secara meniarap atas perutnya dengan posisi melintang dengan kedudukannya atas paha anda.
    Pegang bahagian dada bayi dengan sebelah tangan.
    Pastikan kedudukan kepala bayi sedikit tinggi daripada badannya.
    Sebelah tangan lagi, perlahan-lahan menepuk belakang bayi atau urut pun boleh dalam cara usap naik dan turun.


4. Bayi duduk

    Pegang bayi dan ribanya dalam posisi duduk menghadap ke depan.
    Semasa bayi di pangkuan anda, pegang bahagian dadanya supaya mudah anda menggerakkan paha anda perlahan-lahan.
    Gerakkan ini akan membuatkan bayi sendawa sendiri.
    Jika masih belum berjaya, usap dengan sebelah tangan bahagian belakang bayi.


5. Dukung bayi

    Pelbagai posisi dilakukan supaya bayi sendawa, namun anda masih belum berjaya.
    Mungkin anda boleh menggunakan cara dukung bayi. Mudah sangat untuk dipraktikkan.
    Hanya perlu dukung bayi dan goyang-goyangkan badan kita kanan ke kiri akan membuatkan bayi   sendawa sendiri.
    Sambil itu, anda boleh usap bahagian belakang bayi dengan berjalan-jalan di sekitar rumah anda.


Jangan biar dan abaikan si kecil yang sedang menyusu. Paling penting anda perlu sabar untuk memastikan si kecil sendawa selepas menyusu.  Ini kerana ada sesetengah bayi mengambil masa agak lama untuk mengeluarkan ‘udara’ yang terperangkap. Jadi anda perlu menggunakan beberapa teknik untuk sendawa bayi anda. Lakukan dengan kesabaran untuk semua teknik ini sehingga bayi anda sendawa.

0 Response to "Petua dan Cara yang Betul Sendawakan Bayi"

Post a Comment