demikian ungkapan terakhir kanak-kanak perempuan mangsa panahan petir


Johor Baharu: “Ampunkan segala dosa-dosa kakak ya mak,” demikian ungkapan terakhir kanak-kanak perempuan mangsa panahan petir tengah hari kelmarin yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

Tambah menyedihkan, hasrat Siti Nur Aina Hairi, 9 thn, untuk bertemu adik bongsunya Mohd Alif Aziz, 6, juga tidak kesampaian selepas dia meninggal dunia di sisi ibunya sendiri, Rosadila Jama’in, 28 thn, di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan jam 8 pagi.

Menurut Rosadila, dia terkilan apabila tidak dapat menunaikan hasrat terakhir Aina yng meminta untuk berjumpa adik bongsunya, malah dia tidak dpt melupakan kata-kata meminta maaf diungkapkn anaknya itu sebelum menghembuskn nafas terakhir.

“Ibu mana yang tidak pilu apabila anaknya yang sedang kritikal tiba-tiba meminta ampun dan maaf. Malah, tiada yng mampu saya ungkapkan apabila Aina turut mengucapkan selamat tinggal ketika saya di sisinya,” katanya.

Menurutnya, Siti Nur Aina rapat dengan adk bongsunya, namun ketika itu Alif demam dan tidak ke sekolah seperti kebiasaan.

Related Posts :

0 Response to "demikian ungkapan terakhir kanak-kanak perempuan mangsa panahan petir"

Post a Comment