[FOTO!!] Budak Sekolah Gantung Diri Sebab Putus Cinta....


Seorang budak lelaki terperanjat apabila bekas kekasihnya yang dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka, menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini.

Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berumur (14) tahun ditemui dalam keadaan tergantung dalam bilik tidur kediaman keluarganya pada jam 12.00 tengah hari.

Sumber terdekat dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, lebih kurang 10.30 pagi, remaja lelaki berkenaan ada menghubungi mangsa dan memutuskan perhubungan cinta mereka yang terbina sekian lama.

“Kurang dua jam kemudian, budak lelaki itu menghubungi mangsa buat kali kedua untuk berbincang mengenai beberapa hal peribadi tetapi terkejut apabila panggilannya dijawab oleh ahli keluarga mangsa yang memaklumkan gadis berkenaan sudah meninggal dunia.

“budak lelaki itu kemudiannya menceritakan apa yang berlaku antaranya dengan gadis berkenaan sebelum kejadian kepada keluarga mangsa, dia nyata kesal dengan perkara terbabit,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi [HKT].

Menurut sumber, mangsa pelajar tingkatan dua di sekolah sama dengan bekas teman lelaki yang menuntut di tingkatan empat dan kejadian hanya disedari adik gadis berkenaan yang curiga selepas panggilannya tidak dijawab.

Sumber berkata, adik mangsa mengintai melalui lubang kunci dan terkejut mendapati kakaknya terkulai layu dengan kain batik terjerut pada lehernya. Difahamkan, mangsa mungkin tertekan dengan perpisahan yang berlaku sebelum ini.

0 Response to "[FOTO!!] Budak Sekolah Gantung Diri Sebab Putus Cinta...."

Post a Comment