ELAKKAN DAN RAWAT BUASIR ANDA!!!
Untuk mengelakkan dari buasir, amalkan cara-cara seperti berikut:
1. Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit hingga 10 minit setiap jam.
2. Hembuskan nafas keluar ketika mengangkat barang-barang yang berat. Jangan menahan nafas anda.
3. Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berlarutan.
4. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 2-5 minit, anda mengalami SEMBELIT. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik dan jangan tunggu/tahan. elakkan sembelit.
Untuk merawat buasir boleh cuba cara seperti berikut :
1. Dapatkan kulit manggis dan basuh kulit manggis dan jemur hingga kering. Rebuskan dengan 5 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Minum air rebusan tersebut setelah suam. Amalkan setiap hari.
2. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh (Bersihkan). Selepas itu, masak/rebus dengan 2 cawan air, tunggu hingga air tinggal anggaran 1 cawan dan sejukkan hingga agak-agak suam. Bila dah sejuk, boleh lah diminum.
Selamat mencuba, Mohon Share!!!
0 Response to "ELAKKAN DAN RAWAT BUASIR ANDA!!!"
Post a Comment