RESEPI KUIH CARA MANIS YUMMY
Bahan-bahannya :
● 1 cawan tepung gandum
● 2 cawan susu segar
● (guna 1 cwn santan + 1 cwn air pandan) - air kisar dngn 4 helai daun pandan dan tapiskan.
● 1 biji telur
● ½ camca teh garam
● 1 camca teh paste pandan/ pewarna hijau
● Gula pasir secukupnya - untuk filling
● 1 helai daun pandan - sebagai berus untuk menyapu minyak ke acuan
Cara-caranya :
1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali susu segar / santan. Masukkan susu segar /santan sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan whisk. Pastikan adunan tidak bergentel. Buat sehingga susu/santan habis.
2. Panaskan acuan kuih cara ataupun acuan kuih baulu. Gunakan api sederhana sahaja.
3. Sapu acuan dengan sedikit minyak - gunakan daun pandan tadi.
4. Tuang adunan ke dalam acuan hingga agak-agak penuh. Biarkan sekejap hingga bahagian tepinya kelihatan mula mengeras (warna bertukar dari hijau muda ke hijau pekat).
5. Sudukan sedikit gula dan tuang ke atas setiap kuih tadi. Tutup acuan dengan tudung periuk. Bakar sehingga masak, dalam lebih kurang 2 minit. Kalau nak garing, bolehlah dibakar lama sedikit.
6. Keluarkan dari acuan dengan menggunakan garfu. Ulang hingga adunan habis.
0 Response to "RESEPI KUIH CARA MANIS YUMMY"
Post a Comment