FAD BOCEY DIKUTUK DAN DIHINA KAHWINI WANITA CANTIK. ABAM TERUS TAMPIL GENIUS !
Fad Bocey dikutuk dan dihina kerana menikahi wanita cantik. Ia ekoran daripada rakan sekumpulannya Abam Bocey, yang memuatnaik gambar saat-saat bahagia perkahwinan Fad dalam laman Instagram (IG) miliknya.
Seorang pengikut Instagram Abam, mengutuk gambar bersanding Fad Bocey dan menggelar isterinya itu sebagai 'buta' kerana memilih Fad sebagai teman hidupnya. Kutukan dan hinaan yang dilontarkan oleh lelaki itu memang tampak agak kasar.
Namun, sebagai sahabat karib, Abam tampil genius apabila dia memuat naik komen lelaki itu di laman sosial tersebut yang disertakan dengan kepsyen memerli lelaki yang dikenali sebagai Ariel Zakwan. Bagaimanapun, akaun lelaki itu nampaknya telah dipadam dengan serta merta, mungkin kerana malu dan takut berdepan dengan kritikan netizen lain di laman sosial.
Tindakan Abam nampaknye lebih ‘berkaliber’ apabila beliau menggunakan ayat yang digunakan oleh pengomen tersebut dengan sebaiknya-baiknya.
Komen yang dilontarkan lelaki berkenaan agak kasar dan tiada nilai kesopanan sebenarnya seorang rakyat malaysia. Muka kacak sekalipun tetapi perangai buruk memang tak ‘kacak’ mana lah bro.... Kalau dah jodoh tak kemana... betul tak?.
Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada Fad dan Nur Syahira yang telah selamat bergelar suami isteri. Selamat menikmati kehidupan berumah tangga dan segera menimang cahaya mata.
0 Response to "FAD BOCEY DIKUTUK DAN DIHINA KAHWINI WANITA CANTIK. ABAM TERUS TAMPIL GENIUS !"
Post a Comment